Ebook Syafi
Koleksi
Admin
← DevOps Dengan AI
Edit Bab
💾 Simpan
Batal
Syarat
Mukadimah
Bab
Penutup
B
I
H2
H3
List
1.
Quote
Code
Link
Img
Table
Edit
Split
Preview
0 perkataan
# Mukadimah Penulis Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memuat turun Ebook DevOps Dengan AI. Dua tahun lepas, kalau saya nak bina satu modul Terraform untuk VPC, saya buka dokumentasi, buka contoh projek lama, dan tulis satu persatu. Ambil masa dua jam. Hari ini, dengan AI, saya tulis kemahuan saya dalam lima ayat, semak output dalam sepuluh minit, dan modul itu siap dengan variable, tag, dan dokumentasi sekali. Dua jam jadi dua puluh minit. Tapi ini bukan cerita "AI ganti kerja saya". Ini cerita "AI buang kerja yang tak sepatutnya saya buat". Saya mula guna AI untuk kerja infra secara serius pada 2025. Bukan sebab hype, tetapi sebab saya penat. Penat tulis YAML yang sama, penat semak plan Terraform yang panjang, penat baca log ribuan baris untuk cari satu punca masalah. Dari situ saya cari, cuba, dan buang cara yang tak jadi, sampai tinggal aliran kerja yang saya pakai setiap hari sehingga sekarang. **Apa yang anda akan dapat:** - Cara fikir yang betul tentang AI dalam kerja DevOps, dan bila JANGAN percaya dia - Setup aliran kerja AI yang selamat, termasuk guardrail supaya AI tak sentuh production - Aliran kerja praktikal untuk Terraform, Ansible, Docker, dan CI/CD - 10 prompt siap pakai yang boleh anda salin terus - Checklist keselamatan sebelum terima kod daripada AI **Siapa yang sesuai baca ebook ini:** engineer yang sudah tahu asas DevOps dan nak kerja lebih cepat; pelajar atau career switcher yang baru masuk bidang infra; freelancer atau solo engineer yang urus banyak sistem seorang diri. **Siapa yang mungkin tak sesuai:** yang belum tahu asas Linux, Git, dan rangkaian. AI tak ganti asas. Kalau anda tak faham rangkaian, AI akan beri jawapan yang nampak betul tetapi salah, dan anda tak akan perasan. Jadi semua aliran kerja, cara fikir dan pengalaman saya dedahkan di dalam ebook ini. Selepas anda baca dan faham, cubalah satu peraturan pertama itu dahulu: AI cadang, anda sahkan. Nanti anda akan nampak sendiri beza dia. Tanpa tindakan, ianya hanyalah sekadar ilmu yang tak mampu menghasilkan apa-apa. Bertindaklah walaupun ianya belum sempurna. **Syafiyullah Yahya** Web: [www.notainfra.com](https://www.notainfra.com) \newpage