Sebelum kita mula, jom saya kongsikan cara terbaik untuk guna ebook ini supaya anda dapat manfaat maksimum.
Nota Beginner: Tak perlu baca semua dalam satu hari. Setiap bab boleh jadi projek hujung minggu. Ambil masa anda, yang penting konsisten.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, buku digital ini akhirnya berjaya disiapkan selepas bertahun-tahun pengalaman saya membina dan menguruskan homelab sendiri. Perjalanan saya bermula dengan sebuah Raspberry Pi kecil — masa tu saya cuma nak cuba pasang Pi-hole untuk sekat iklan je. Tapi dari situ, satu demi satu service ditambah, satu demi satu skill dipelajari, sampailah ke rak pelayan penuh yang saya guna hari ini.
Saya menulis buku ini kerana percaya bahawa kemahiran praktikal adalah kunci untuk meningkatkan kerjaya dalam bidang IT. Tak kira sama ada anda seorang System Administrator, Network Engineer, DevOps Engineer, Cloud Engineer, atau seorang programmer — homelab adalah platform terbaik untuk mempertajam kemahiran anda.
Dari pengalaman saya, benda yang paling mengubah kerjaya IT saya bukan sijil atau kursus — tapi apa yang saya bina dan pecahkan sendiri kat homelab. Bila interview, majikan nampak yang saya bukan sekadar tahu teori, tapi dah biasa hands-on.
Buku ini merangkumi 12 bab utama yang akan membimbing anda langkah demi langkah, dari memahami apa itu homelab sehinggalah kepada projek-projek menarik yang boleh anda laksanakan. Beberapa bab turut mempunyai bahagian lanjutan, tetapi ia masih berada di bawah nombor bab yang sama supaya alirannya lebih mudah diikuti. Setiap bab dilengkapi dengan diagram, contoh konfigurasi, dan panduan praktikal yang boleh terus anda ikuti.
Melalui buku ini, anda akan mempelajari:
Saya cadangkan anda bookmark halaman ini supaya senang nak rujuk balik bila-bila masa.
Terima kasih kepada semua yang telah menyokong penulisan buku ini. Kepada komuniti homelab di Malaysia dan seluruh dunia, terima kasih kerana berkongsi ilmu dan pengalaman. Tanpa komuniti ni, homelab saya takkan jadi macam sekarang.
Dan kepada anda yang sedang baca ni — terima kasih sebab ambil langkah pertama. Selamat membina homelab anda! Saya yakin perjalanan ini akan mengubah cara anda belajar IT.
Ts. Syafiyullah Yahya www.inframesia.com | www.bukuinfra.com